Pendapat Kritis

Pandangan yang pelbagai

Would you like to Login or Register ?

Majlis pertunangan diadakan dalam keadaan sederhana di rumahnya di Pontian, Johor dan dihadiri oleh sanak-saudara dan rakan taulan yang terdekat. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan dengan rasminya saya sudah bertunang dengan Awin yang tersayang.

Sabtu ini, insya’ Allah akan dilangsungkan pertunangan saya dengan Awin. Segala persiapan sudah dijalankan dan barang-barang hantaran sudah dibeli. Hati berdebar menunggu saat itu, berasa sedikit cemas tetapi saya ingin meneruskannya kerana saya sedar hubungan harus diteruskan ke peringkat berikutnya.

Saya sudah menonton siaran langsung Debat Khas anjuran AgendaDaily yang bertajuk “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak” dan memang jelas bahawa pihak kerajaan (yang diwakili oleh Menteri Penerangan) tidak mampu untuk memberikan alasan yang munasabah mengapa subsidi dikurangkan dan harga minyak dinaikkan dengan begitu mendadak sekali sehinggakan menyebabkan kesusahan kepada rakyat.

Rohaizad ada mengulas mengenai butir-butiran lanjut di dalam debat ini yang saya bersetuju 100%, jadi saya tidak perlu menambah di sini, terutamanya mengenai serangan peribadi ke atas DSAI yang langsung tiada kaitan dengan topik perdebatan.

(more…)

Memang lucu apabila Ustaz Akhil Hayy, seorang bekas rockers yang kini menjadi pendakwah, memberikan tafsirannya sendiri yang pelbagai mengenai maksud akronim “B.N.”

Sesungguhnya memang jelas bahawa perangai manusia-manusia di dalam UMNO ini adalah seperti orang kafir dan orang Yahudi yang suka mengapi-apikan sentimen perkauman dan melaga-lagakan umat Islam sesama sendiri. Tidak wujud sama sekali “Perjanjian Pangkor II” seperti yang diwar-warkan oleh mereka, and perkara ini sudah dinafikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

MB Perak nafi ada Perjanjian Pangkor II

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan dakwaan ada ‘Perjanjian Pangkor II’, persetujuan bertulis antara beliau dengan pemimpin DAP negeri yang antara lain melarang beliau mengatakan Perak diperintah oleh Islam.

Beliau berkata, dakwaan liar itu datang daripada individu di luar parti Pakatan Rakyat, bukannya orang dalam.

Katanya, pemimpin ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat di Perak, iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bekerjasama secara harmoni dan saling mempercayai.

“Dalam mesyuarat Exco, pemimpin DAP tidak pernah membangkitkan soal pemerintahan Islam di negeri ini.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya kewujudan ‘Perjanjian Pangkor II’,” katanya kepada pemberita di sini, semalam, mengulas laporan akhbar mengenai kewujudan perjanjian itu.

Memang menjadi dasar penyagak UMNO yang suka berbohong. Hapuskan UMNO dari muka bumi dan insya Allah, Islam akan selamat. ALLAHU AKBAR!

Anda lihatlah sendiri betapa mewahnya kroni mereka apabila bekerja di mana-mana GLC seperti Tenaga Nasional, tetapi rakyat dibelenggu pelbagai masalah ekonomi. Saya rasa saya tidak perlu mengulas lebih panjang lagi.

Adalah sesuatu yang ironi apabila Petronas diiktiraf sebagai syarikat ke-8 paling untung di dunia tetapi rakyat perlu membayar harga minyak yang mahal.

Petronas syarikat ke-8 paling untung di dunia
Oleh Suffian A Bakar
suffian@bharian.com.my

PETRONAS berada di kedudukan kelapan senarai syarikat paling untung di dunia dan yang pertama di Asia tahun lalu dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune.

Syarikat petroleum kebangsaan berkenaan yang dalam nilai dolar Amerika Syarikat (AS) meraih keuntungan AS$18.118 bilion tahun lalu, mengatasi syarikat terkemuka dunia lain seperti Microsoft, Toyota, Bank of America, Total dan JP Morgan.

Senarai syarikat paling untung di dunia itu didahului oleh Exxon Mobile diikuti Royal Dutch Shell, General Electric, BP, Gazprom, HSBC Holdings dan Chevron.

Apa gunanya Petronas mendapat keuntungan berlipat kali ganda sekalipun jika rakyat tidak menerima faedahnya?

Selama ini saya sukar mempercayai hakikat bahawa ada juga orang yang masih berfahaman bodoh seperti ini. Dipetik dari ruangan komen sebuah blog yang terkenal:

Tun balik la jadi PM kami semuo…aden dah tak cayo laie ngan paklah tu….aden cam tanak jadik org UMNO laie dah….Anwar tu mmg dari dulu aden tak cayo….

Tidak perlulah saya nyatakan dari blog siapa saya petik komen ini. Saya rasa anda tentu faham siapa yang saya maksudkan.

Buat si bodoh yang meminta supaya orang tua kutuk itu menjadi Perdana Menteri semula, sedarlah hakikat bahawa orang tua itu sudah bersara, sudah nyanyuk, dan barangkali akan menemui Rabb-nya tidak lama lagi. Anda masih tidak sedar-sedar lagi ke?